Tuesday 6 December 2011

Kaedah Lattice

Pelajaran hari ni ialah Matematik - Multiplication menggunakan kaedah Lattice Method. Kaedah ini sesuai kepada anak2 yang sukar menguasai cara mendarab dalam bentuk lazim yang selalunya memerlukan pengiraan yang panjang. Berikut adalah langkah2 bagaimana mengajar Lattice Method kepada anak2.


 


Sebelum darab sebenarnya boleh bermula, garis harus ditarik menyerong (lihat rajah), membahagi dua setiap kotak.
 
Pendaraban melibatkan tiga langkah utama iaitu mendarab, membawa dan tambah. Sekarang kita mengira hasil darab untuk setiap kotak. 
 
Kotak di barisan pertama atas akan melakukan aktiviti pendaraban 9 X 3, 6 X 3 dan 4 X 3.

Kotak  di barisan kedua bawah akan melakukan aktiviti pendaraban 9 X 7, 6 X 7 dan 4 X 7.
 
Masukkan hasil jawapan ke dalam kotak yang telah dibahagi dua secara menyerong. Sekiranya hasil darab kurang daripada 10, maka nombor sifar (0) akan di masukkan terlebih dahulu diikuti nombor
jawapan.

Sekarang kita siap untuk mengira nombor dari hasil darab. Dimulai di bahagian bawah penjuru kanan bawah sel (3)- warna pink. Nombor ini dihalang oleh sudut kisi dan menyerong pertama.
 
Kerana ini adalah satu-satunya nombor di bawah ini menyerong,
bilangan pertama adalah 3. Jumlah ditempatkan disepanjang bahagian bawah kisi di bawah lajur paling kanan.
 Tambahkan setiap nombor yang berada pada garisan menyerong. Produk akhir adalah terdiri daripada nombor di luar kisi yang dikira. Kita membaca nombor di sisi kiri dan kemudian ke arah kanan di bawah untuk menghasilkan jawapan akhir:17353.

Permainan Matematik menggunakan kad

Permainan matematik menggunakan kad adalah salah satu daripada alat bantuan mengajar yang dapat membantu murid-murid sekolah rendah memahami konsep matematik sambil bermain. Klik  untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Dengan menggunakan kad yang dimainkan dalam kumpulan kecil, kanak-kanak belajar berinteraksi dan beraktiviti sesama mereka untuk mengembangkan minda mereka secara semulajadi. Hal ini selaras dengan teori yang ditekankan oleh Paiget. Penggunaan permainan matematik sebagai alat bantuan mengajar juga adalah salah satu elemen yang memperkembangkan kurikulum pembelajaran matematik di sekolah rendah.

online math game

http://www.mathblaster.com/free-games.aspx?pid=googpd&cid=math%20games

straregi pengajaran matematik

http://cikguhaidi.wordpress.com/category/strategi-pengajaran-matematik/

Monday 5 December 2011

Kaedah Pembelajaran Matematik yang Berkesan

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.
 
FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN
  • Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
  • Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
  • Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.
  LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN
  • Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.
  • Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
  • Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.
  TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN
 
Suasana / Tempat Belajar
  • Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
Memilih Masa Yang Sesuai
  • Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
  • Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
  • Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
  • Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
Pembelajaran Di Sekolah
  • Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.
Membaca, Memahami dan Menghafal
  • Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
  • Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
  • Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-




Mengandungi semua maklumat penting
Bersih dan mudah dibaca
Terkumpul (di dalam fail/Buku Khas)
Ringkas dan padat
 

Monday 24 October 2011